Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

31 December 2011

Now baby Already 13 weeks ^_^

Assalamualaikum Sahabat yang di sayangi....

Lama sungguh tidak mengupdate blog..kerana tiada line internet dirumah,...heheh
Maaflah ya...
Baby sekarang dah masuk 13 Minggu....rasa mcm cepat je berlalu..hehehe...
Apa pun semuanya sihat...cuma umminya selesema tak elok2.....
Allah bagi sihat ummi leka...now Allah bagi ummi sakit..ummi dekat pada Allah :)

Semoga baby dan ummi sihat... isnin ni 2hb Januari 2012 ummi nak pergi tengok baby dekat screen..( SCAN ) hehehe...tak sabar lah nak tengok.....
harap2 ummi tak kene marah kalau berat badan turun..huhu...hari tu dah kene marah dengan dokto... :(

ok..now pict baby 13 weeks... :)
Doakan ummi dan baby sihat sokmo deh...
Wassalam.... :)

8 December 2011

Baby Already 10 weeks ^_^

Salam....dan selamat pagi umat islam...
Hari ini sudah masuk 10 minggu kandungan ku...semoga sihat selalu...
baru2 ni gi jumpa doktor....hehehe..tak pasal je kene marah sebab berat badan turun...tapi bersebab OK....
sebab2 nya ialah " Morning Sickness " ...hanya Allah je yang tahu betapa tak laratnya diri ini nak melakukan tugas harian....dengan pening...muntah2....loya2....nk bangun je terhuyung hayang...cian Umminya....hehhe....letih sebab2 perkara2 tu...itu lah asbab nya....
Alhamdulillah....semua nya sihat...cuma sebab ade kucing dalam rumah....selesema dengan batuk tak hilang2....
Bila duduk rumah Umi di KL....sihat...sebab tak da kucing.....
dengan kulit makin sensetif dengan "habuk" pedih2 je kulit muka....makin teruk je rasanya.....sabar je la.......
Jumpa doktor lagi sekali 2 January 2012 selepas MY BIRTHDAY 01.01.2012 ( 1 JANUARY 2012 ) hehe...cukup 22 tahun....
agak2 kene sambut tak dengan insan terrsayang????
 hehehe..tak nak berharap sangat2 lah...ada sambut.....tak da...duduk diam2 naaaa.....hehehe

Ok ni pict Baby 10 minggu...hehehe
baby 10 weeks =)

Semoga baby dan saya sihat selalu.....
Doakan ya sahabat.... 
=)

Salam Sayang Dari Retro Kasih Tercipta
a.k.a
Toiyibah Zafirah Rosli ( Firah )

29 November 2011

Baby now 8 weeks ^_^

Yeah....Baby now dah 8 weeks 4 days....
dan baby dah buat * Buku Merah .....
5 Dis 2011 ni kene jumpa doctor...tuk amik darah dan mcm2 lagi...hehehe
dan next week semua org bz..sbb akk ipar saya nk nikah 10 Dis 2011...
Dan lepas tu sy akan di hantar ke kampung N9.....sbb mak mertua nk g hntar rombongan pengantin ke PERAK!!!
Sy balik kg sbb atuk wt kenduri doa selamat.....

baby 8 weeks... :)

Semoga baby dan saya sihat sentiasa...Amin.....
Doakan kami ya sahabat...
salam...

18 November 2011

Baby now 7 weeks ^_^

Baby Now dah 7 week...dah rasa heart beat nya.....yang tak berapa nak sempurna.....hehehe...seronok sangat2..
7 weeks...hehehe...

Dah 7 weeks....lama lagi......tapikan...pejam celik pejam celik...nanti....dah 9 bulan...kejap je sebenarnya..takde lama sangat....hehehe...

next week gi buat * Buku merah untuk baby....gi dengan incek abang sayang.....suruh dia ambil cuti awal2...hehe..minta dia temankan...takkan nak suruh mak mertua temankan pulakkan,..

mak mertua busy dengan nak persiapan nikah anak perempuan ke-3, akak pada incek abang...so suruh incek abang ambil cuti awal2 laaa....

Doakan semuanya OK ye.... :) Amin..


11 November 2011

Baby now 6 weeks ^_^

Sweet je tgk.....
x sabar....rasa happy sgt2...
Hanya Allah shj yg tahu...


2 weeks more.....bru dapat buat * buku merah utk bby...sbb klinik kat sini ikut weeks...
btw...bby sihat2 sokmo :)

Perkara Yang Perlu Suami Ketahui Ketika Isteri Mengandung

Adalah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami mereka semasa mengandung. Hal ini kerana pada waktu ini, keadaan mereka tidak stabil dan memerlukan bantuan daripada orang lain terutamanya daripada suami. Tetapi mungkin ramai lagi suami yang di luar sana masih tidak lagi memahami situasi ini.
Apakah perkara yang perlu dilakukan suami semasa isteri mereka mengandung?
(1) Luangkan masa bersama isteri- Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.
(2) Membantu pemakanan isteri- Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.
(3) Perlahan-Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.
(4) Tidak perlu bertanya, terus lakukan- Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.
(5) Belajar- Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.
(6) Membantu menyiapkan hidangan makan- Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama.
(7) Membantu menjaga anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.
(8) Membawa isteri ke mana sahaja- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi.
(9) Pinjamkan tangan anda pada isteri- Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur.

19 October 2011

Contest Little Bits e-Shop : " Saya bangga menjadi muslimah yang menutup aurat mengikut syarak kerana....... "

 ~ Saya bangga menjadi muslimah yang menutup aurat mengikut syarak kerana menutup aurat itu adalah satu tuntutan yang wajib keatas semua wanita islam tidak kira remaja,dewasa mahupun orang tua. Ianya sudah menjadi satu tanggungjawab yang besar pada wanita islam supaya menutup aurat dengan sempurna. 


Seorang penyair berkata:

"Berawal dari pandangan lalu senyuman kemudian salam disusul pembicaraan lalu berakhir dengan janji dan pertemuan."

    Sesungguhnya Allah memerintahkan hijab untuk menghilangkan pelbagai macam fitnah (kerosakan). Jika pelbagai macam fitnah redup dan lenyap, maka masyarakat yang dihuni oleh kaum wanita berhijab akan lebih aman dan selamat dari fitnah.

    Sebaliknya, masyarakat yang dihuni oleh wanita yang gemar bertabarruj (berdandan secara berlebihan), dedah aurat dan keindahan tubuh, sangatlah mudah terjebak dengan ancaman pelbagai fitnah dan gangguan seksual serta nafsu syahwat yang membawa malapetaka dan kehancuran yang sangat besar.

    Jasad yang menampakkan bentuk tubuh badan akan jelas memancing perhatian dan pandangan kaum lelaki. Itulah tahap pertama bagi penghancuran dan kerosakan moral dan peradaban sebuah masyarakat.

"Sungguh akan merasakan manisnya Iman, seseorang yang telah rela Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama, dan Muhammad sebagai Rasul utusan Allah."(HR Muslim)

"Setiap umatku (yang bersalah) akan dimaafkan, kecuali orang yang secara terang-terangan (berbuat maksiat)."(Hr.Bukhari)

     Sementara wanita yang mendedahkan aurat dan keindahan tubuh sama ertinya dia telah berani menampakkan kemaksiatan secara terang-terangan. Jangan menelanjangi diri dengan berpakaian ketat atau sempit. Bagaimana kita menyayangi orang lain sedangkan diri sendiri tidak mampu kita sayangi.

Sudahkah anda berhijab???
Kebenaran hanya milik Allah.






13 October 2011

Little bits e-shop contest : " Kempen Mari Menutup Aurat Dengan Sempurna" .

Bismillah...Assalamualaikum....

Entry Hari ni pelik sikit dari hari2 lain...hehehe....sebab ianya berkaitan contest " Kempen Mari Menutup Aurat Dengan Sempurna " .....dari seorang sahabat yang di sayangi....

So saje gatal jari jemari nak join contest ni....dan nak promote tutup aurat dengan sempurna.....Ayuh Sahabat..kita tutup Aurat.. :)

So sesiapa nak sumbang idea...sila2 lah  comment yer

10 October 2011

PERKONGSIAN : Pupuk Cinta Dengan Sentuhan Dan Belaian


Bismillah..Assalamualaikum..

Perkongsian hari ini saya dapat dari blog Kakchik ( Keluargaku Sayang ) ... semoga ia memberi manfaat kepada yang sudah mendirikan rumahtangga,... :)

Sentuhan dan belaian dapat menyemarakkan cinta dan menjana kebahagiaan suami isteri. Kata Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, "Dengan kuasa sentuhan, suami isteri akan dapat mengenang kembali saat mereka bercinta di awal berumahtangga dahulu."

Kata beliau memang mustahil untuk mencari kesempurnaan dalam rumahtangga, tetapi carilah satu minat yang sama supaya boleh dijadikan aktiviti mengikat rasa kasih dan cinta. Oleh itu, nasihat beliau, suami dan isteri perlu jadikan satu kelaziman pada setiap malam saling berpegangan tangan dan saling memandang antara satu sama lain serta saling memohon kemaafan sebagai penarik keredhaan Allah dalam melayari bahtera rumahtangga.

Peluklah isteri wahai suami!

Antara ritual romantik yang boleh dilakukan dalam menghangatkan kembali kasih-sayang adalah memeluk pasangan. "Peluk pasangan anda. Tidak kira berapa kali awak mahu peluk, itu terpulang tetapi peluklah isteri di samping bersyukur kepada Allah SWT kerana anda mempunyai pasangan", ujar beliau.

Dato' Dr. Mohd Fadzilah mengesyorkan agar suami memeluk isterinya sekurang-kurangnya 10 saat setiap hari. Hikmahnya ia akan memanjangkan umur kita dan pasangan dalam anggaran lima tahun serta prestasi kerjaya pasti meningkat.

Berdasarkan kajian pakar psikologi di Jerman berkenaan kuasa sentuhan, tubuh manusia akan mengeluarkan hormon endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. Selain mempunyai kesan positif daripada sudut saintifik dan kesihatan, sentuhan, pelukan serta gurauan mesra bersama pasangan juga merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW.

Tambah beliau, kajian di Amerika Syarikat mendapati pelukan suami dapat mengurangkan kandungan kolesterol dan meningkatkan kesihatan tubuh isteri."Kepada para suami yang mahu menurunkan berat badan isteri, anda digalakkan memeluk isteri anda setiap masa", katanya lagi tentang hikmah daripada kuasa sentuhan.

Beliau juga mengingatkan para suami, kelelakian mereka tidak terhakis apabila mereka rajin memuji, membelai dan menolong isteri dalam kerja-kerja rumah. Rasulullah SAW yang merupakan lelaki terbaik ketika bersama ahli keluarga baginda, rajin membantu isteri di rumah, menjahit pakaiannya sendiri dan sering membelai dan memuji isteri-isterinya dengan ungkapan kata-kata yang baik.


Sumber: ANIS, Okt. 2011

PERKONGSIAN : Talian Hayat Buat Isteri


Bismillah. Assalamualaikum...

Perkongsian hari ini saya dapat dari Blog kakchik ( Keluargaku Sayang ) . Semoga perkongsian ini dapat manfaat kepada para isteri & bakal2 ye....dan juga diri ini. :)

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 1 - Ikhlaskan niatmu menjadi teman hidup pasanganmu. Ketetapan Allah memilih yang seorang ini buatmu, dari berjuta lelaki di dunia. Pasti ada hikmah yg tersirat dan tersurat. Ayuh, kita selongkar rahsia Allah itu dalam hidup seharian bersama, pasti di situ kau kan temui bahagia....

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 2 - Pertahankan ikatan pernikahan yang dibuat atas nama Allah yg Maha Agung. Hanya dgn nama-Nyalah, apa yang asalnya haram antara engkau & sidia, menjadi halal dan dibolehkan. Genggam erat ukhuwwah yg terjalin - penuh pasrah dan tawakkal.

TALIAN HAYAT UNTUK PARA ISTERI : Nota 3 - Pandu arah kehidupan bersama ini semata2 utk mencari redha Allah. Saling bantu membantu dalam usaha kebaikan dan takwa. Kumpulkan sebyk mungkin bekalan. Moga tika kita terpaksa berlutut di depan Allah sendiri-sendiri, amal bakti yg kita kutip bersama mampu meraih belas ihsan Allah buat kita sekeluarga.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 4 - Fahamilah erti sebenar taat kepada suami yang disarankan agama. Ketaatan itu bukannya menurut semua perintah suami tanpa usul periksa. Demi hubungan yg harmoni & sejahtera, elok benar kalau siisteri yang mengalah / `surrendered',di saat kita mampu menunjuk lagak menyombongkan diri terhadap suami. Merendah diri bukan minta dipijak-pijak! Sekadar menunjuk akhlaq terpuji, agar tenang hati suami. Rugikah kita para isteri kalau kita taat secara rela diri?

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 5 - Selitkan doa setiap masa, moga Allah SWT mencampakkan hidayah-Nya ke dalam hati suami kita. Moga lebih cinta dia kepada iman, takwa dan ihsan. Moga dia terus gigih mencontohi suami teragung, Muhammad SAW. Mudah-mudahan jua, bersama kita meniti kehidupan dalam redha dan kasih sayang Allah setiap masa dan ketika!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 6 - Hargailah setiap usaha, kasih sayang, saraan hidup dan pemberian suamimu, insan kerdil yg begitu gigih cuba melaksanakan amanah berat di bahunya. Hentikan cemuhan, kritikan, sindiran dan perli dlm setiap patah ayat yg ditujukan utknya. Gantikan dgn kata semangat dan keyakinan yg mampu mendorongnya menjadi suami yg lebih menyerlah, InsyaAllah.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 7 - Didiklah hati agar menyayangi wanita yang melahirkan suamimu, kenanglah jasanya mendidik anak lelakinya menjadi pasangan yang mengasihimu kini. Jangan sekali jadi musuh @ saingannya, sekalipun itu mungkin tanggapan ibu mertua terhadapmu. Yakinkan hatinya, bahawa engkau bukanlah perampas kasih anaknya. Engkau sebenarnya permata yang menyinari hidup suami dan juga penyeri hidupnya, jika dia sudi memberi peluang tersebut kepadamu!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 8 - Belajarlah untuk ikhlas dalam memberikan kasih sayang dan cinta utk suamimu. Seringkali ada sahaja niat dan sebab musabab lain semasa kita melafazkan ikrar kasih. Jika benar ikhlas, engkau takkan mudah kecewa jika sesekali seperti cintamu tidak berbalas, penat lelahmu tidak dihargai. Keikhlasanmu kan menjadi daya penarik yg kuat mengikat hati suamimu kepadamu!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 9 - Serlahkan bakat dan potensimu, gunakan kecerdasan dan keupayaanmu untuk memberi manfaat kepada orang lain. Prihatinlah kepada keperitan hidup masyarakat di luar sana, bantulah semampu boleh. Jadilah manusia yang banyak jasanya - pasti suami dan anak-anakmu bangga beristeri dan beribukan seorang yang istimewa seperti kamu!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 10 - Bijaklah mengurus masa, modal anugerah Allah kepada kita semua. Senaraikan keutamaanmu dan tumpukan usaha mendahulukan mana yang sepatutnya dibereskan dahulu. Dapatkan bantuan suami dan anak2 untuk menyelesaikan tugasan. Jangan bebankan dirimu cuba menjadi `wanita luarbiasa' - suamimu cuma inginkan seorang isteri solehah yg bijaksana!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 11 - Beranikan dirimu untuk mempercayai kejujuran suamimu dalam melayari bahtera ini bersama. Sesungguhnya, kepercayaanmu ibarat titisan air yg diperlukan oleh rimbun untuk kekal menghijau. Tanpanya, ia akan layu kekuningan. Namun, suamimu perlu jua diperingatkan - agar cermat menjaga kepercayaan itu ibarat kaca yg mudah retak & calar. Sekali tercalar, mungkin selamanya terluka...

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 12 - Imbangilah antara kebergantunganmu kepada suami dgn keupayaanmu untuk berdiri di atas kaki sendiri. Pasrahmu yang total hanyalah kepada yg Maha Agung. Saling bergantung, perlu memerlukan adalah perencah kenikmatan hidup bersama. Jikalau masih sendiri-sendiri, apalah erti hidup sebumbung. Sementara dia masih ada di sisi, kita serahkan kemudi bahtera di tangan suami. Namun jika dia harus pergi, kita akan mampu memikul amanah yg ada, InsyaAllah!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 13 - Dapatkan maklumbalas sejujurnya dari suamimu mengenai akhlak dan tingkahlakumu. Biarkan dia berkata-kata tanpa sebarang gangguan, sekalipun hatimu melonjak-lonjak mahu bersuara membela diri. Mohonlah giliranmu pula memberikannya maklumbalasmu. Pilihlah perkataan terbaik dalam menyusun buah tuturmu. Istiqamah dalam muhasabah, kunci tautan dua hati yg ikhlas mencintai kerana Allah SWT.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 14 - Ubati segera hatimu yang terluka mendengar pengakuan suamimu : cintanya sudah beralih kepada wanita lain. Jgn pantas menyalahkan dirimu, apatah lagi mengalah dan berundur. Jgn pula biarkan cemburu merasuk diri, mengocak ketenangan & membakar amarahmu. Tenanglah dahulu, santuni emosimu yg terhiris pilu. Biarkan airmatamu mengalir buat seketika. Namun yakinlah, sesungguhnya engkau masih belum kehilangan segala-galanya.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 15 -Pilihlah tindakan yang bijak dalam menangani kemelut suamimu mahu atau sudah berkahwin lain. Berikannya peluang menjelaskan keadaan. Dapatkan segera bantuan org tengah yg adil & amanah. Berpandulah kepada akal, melebihi emosimu di saat ini. Jgn biarkan dirimu seratus peratus dipersalahkan,kelemahanmu dikatakan punca suami terpaksa mencari yang lain. Ingatlah, suamimu yang sepenuhnya bertanggungjawab atas pilihan dan tindakannya.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 16 - Hindarkan nada keras, kasar dan lantang apabila berbicara dengan suamimu. Banyakkan mendengar dari bersuara, kerana sesungguhnya Allah melengkapkan manusia dengan sepasang telinga dan hanya satu mulut sahaja. Janganlah ambil kesempatan dari sifat pendiam dan mengalah suamimu. Berikan rasa hormat dan penghargaan yang sebaik-baiknya. Percayalah, anak-anak sedang memerhatikan kemahiran berkomunikasi kalian berdua!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 17 - Serahkan anak-anakmu untuk dijaga sepenuhnya oleh ayah mereka (suamimu) sekali sekala. Yakinlah, mereka akan kelihatan gembira, selamat dan masih bernyawa bila engkau kembali. Hampir pasti, cara suamimu amat berbeza dengan gaya rutin kebiasaanmu. Apalah salahnya membiarkan suamimu mempraktikkan kemahiran kebapaannya. Sebaik manapun engkau sebagai ibu, takkan dapat menjadi seorang bapa terbaik untuk anak-anakmu.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 18 - Hentikan segala kritikan, komen, sungutan dan rungutan terhadap kelemahan dan kekurangan suamimu. Sifat bongkaklah yang menjerumuskan syaitan ke lembah kehinaan dan laknat Allah. Dengan sifat itu jualah syaitan akan merosakkan hubungan perkahwinanmu. Gunakan kaedah penuh hikmah dan merendah diri dalam menegur suamimu. Berikannya peluang dan masa untuk memperbetulkan kesilapan serta ketidakcekapannya selama ini.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 19 - Hiasi kediamanmu penuh kesederhanaan, sekalipun engkau mampu menyalutinya dengan kemewahan. Nyamankan hawa segenap ruangan rumahmu dengan alunan tadarus Al-Quran. Hangatkan kedinginan dengan kemesraan ziarah ukhuwwah tetamu yang datang. Hijaukan halaman dengan pepohon yang segar mengiringi zikirmu. Jadikan ketenangan tema utama yang dikongsi bersama dengan semua yang sudi bertandang.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 20 - Layanlah ahli keluarga suamimu sebagaimana engkau mahu dia melayani keluargamu. Janganlah tunjukkan kebencian dan rasa kurang senang semasa bersama ipar-duaimu. Hindarkan sebarang pertembungan yang memaksa suamimu memilih antara engkau dan keluarganya. Berikanlah hadiah, sambutlah kedatangan mereka ke rumahmu dengan ramah tamah dan senyuman keikhlasan - nescaya keberkatan rezeki melimpah ruah dalam kehidupan.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 21 - Janganlah sesekali putus asa dari rahmat & kasih sayang Allah. Jika suamimu kini bukanlah seorang soleh yg taat pada perintah Tuhannya - sungguh amat besar ujian Allah buatmu. Mohonlah satu dari dua kekuatan - agar kau kuat menghadapi cabaran ini & cukup kuat utk membebaskan diri jika itu pilihan yg terbaik ataupun suamimu diberi kekuatan oleh Allah utk bertaubat nasuha, berubah dan beristiqamah menjadi insan yg jauh lebih baik!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 22 - Lindungi dirimu dan anak-anakmu dari didera secara fizikal, emosional dan seksual oleh suamimu. Allah telah memerintahkan suamimu agar sentiasa berlaku maaruf (baik) terhadapmu. Sebesar manapun silapmu, suamimu tidak berhak menghinamu dengan kekerasan, kekasaran dan keganasan. Jgn malu memohon bantuan keluarga, rakan dan taulan. Sesungguhnya engkau berhak mendapatkan pembelaan dan perlindungan!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 23 - Semaikanlah kecintaan terhadap ilmu pengetahuan, sebaik-baik penyuluh kehidupan dan neraca pertimbangan. Kutiplah mutiara kebijaksanaan di mana jua engkau menemuinya. Jadilah manusia berilmu dan bermaklumat. Buatlah keputusan berasaskan ilmu, hadapi segala cabaran dengan senjata ilmu, pelihara hakmu melalui keteguhan ilmu dan pertahankan hujahmu dengan kubu ilmu.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 24 - Perbaiki mutu komunikasi antara engkau dan suami. Semoga tiada yg terselindung, hingga yang satu pihak lagi hanya bersangka-sangka dan berteka-teki. Sekiranya suamimu makin kasar tingkahnya, mungkin ada terselit kekecewaan di hatinya - hingga keganasan jadi pilihan. Jangan terus-menerus menjadi mangsa penderaan. Hentikan segala kemelut rumahtangga!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 25 - Jangan jemu berbakti kepada keluargamu. Semuanya InsyaAllah, dikira ibadah oleh Allah SWT. Memang kadangkala seperti tiada siapa yg peduli apatah lagi menghargai penat lelah dan payah jerihmu. Bukankah manusia sememangnya pelupa. Namun, kita punya Allah SWT yg tidak pernah terleka, terlalai atau tertidur dari memerhatikan kita!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 26 - Perbanyakkan sedekah kepada ahli keluargamu. Bagi isteri bekerjaya, peruntukkan sebahagian gajimu utk infaq dan perbelanjaan keluarga. Namun, izinkanlah suamimu menyara dirimu, semampunya. Jgn ambil alih tgjwbnya mencari rezeki yg halal buatmu dan keluarga. Mudah2an kehidupanmu sentiasa dalam kecukupan yg barakah....

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 27 - Luahkan keinginanmu untuk dihargai dan disayangi. Khusus bagi yg tidak bekerjaya di luar rumah, keperdulian suami dan anak2 buatmu adalah penyegar tubuh dan emosi yg kepenatan. Jangan terus menjeruk perasaan. Amat wajar untuk engkau nyatakan apa yg terbuku secara terus dan terang. Sesungguhnya, engkau memang berhak disayangi dan dihargai.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 28 - Pastikan solatmu kerap diimami oleh suamimu. Jgn lepaskan peluang utk mengaminkan setiap titipan doanya. Jika suamimu seorang yg tersangkut hatinya di masjid/surau - sesekali, mohonlah hakmu untuk dipimpin dalam solatmu. Namun jika suamimu seorg yg sengaja engkar dan berani meninggalkan solatnya - jgnlah jemu memperingatkan tugas utamanya sbg abdi Allah yg Maha Besar kekuasaan-Nya!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 29 - Jangan berdendam terhdp perbuatan silap suamimu yg silam. Cubalah memaafkan dan hilangkan amarah di dada. Engkau mungkin sukar utk melupakan, namun engkau ada pilihan sama ada mahu memaafkan atau sebaliknya. Jgn biarkan api membakar sekam, nanti yg tinggal hanyalah abu dan arang.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 30 - Carilah seorang sahabat setia yg boleh berkongsi kesedihanmu, namun cukup amanah utk menjaga segala keaibanmu. InsyaAllah, engkau tidak akan sukar mencari sahabat sebegitu, jika engkau sendiri sentiasa menjalankan tgjwb seorang sahabat sejati kpd org lain. Jgn cuba dipendam-pendam, disorok dan dijeruk perasaan yg luka....bimbang kelak tak tertanggung lagi.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 31 - Ingatlah bhw engkau umpama pakaian (libasa) bagi suamimu dan dia pula pakaian bagimu ( Al-Quran - AlBaqarah : 187). Bertindaklah yang molek agar suami boleh berbangga dengan setiap lakumu. Peringatkan jua suamimu agar dia memperelokkan setiap tingkahnya, kerana engkau jua ingin tumpang bangga dengannya.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 32 - Pertingkatkan komitmen keluargamu utk mempraktikkan cara hidup Islam yg syumul. Peliharalah solat, jgn sekali abaikan perintah Allah. Didik anak2mu utk mematuhi suruhan Allah. Moga2 keluargamu terbimbing menjadi keluarga sakinah.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI - Nota 33 - Ikhlaskan setiap detik yg telah, sedang dan akan dihabiskan bersama suamimu. Ganjaran segala pengorbanan & susah payahmu bukannya datang dari suamimu, melainkan hanyalah daripada Allah SWT semata-mata.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI - Nota 34 - Sentiasalah saling nasihat-menasihati. Bagi sebahagian isteri, menasihati suami mungkin sesuatu tugas yg hampir mustahil. Namun, kita tidak boleh berhenti berusaha, berikhtiar dan mencuba. Mulakan dgn meminta nasihat dari suamimu terlebih dahulu. Timbang-tara segala nasihatnya. Perbaiki mana yg kurang, tampung mana yg bocor. InsyaAllah, tak lama lagi, suamimu akan meminta dinasihati pula, InsyaAllah!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 35 - Peringatkanlah suamimu akan pesanan ayat ke6 Surah At-Tahrim - di mana dia diperintahkan Allah untuk memelihara dirinya dan dirimu serta anak2 dari azab api neraka! Besar sungguh tanggungjawab yg dipikulnya! Engkau dan anak2 tidak akan menanggung dosanya, namun kemungkaranmu dan anak2 akan ditanggungkan ke atas bahunya! Cukuplah pesanan itu menjadi peringatan!

27 August 2011

"Akak.. Bagaimana Cinta Dan Kahwin Kerana Allah?"


Artikel dari : iluvislam.com

"Kahwin kerana Allah, bukan kerana nafsu... macamana tu, kak? Realitinya ada keadaan macam ni?" Menarik juga persoalan yang masuk ke dalam mesej pesanan ringkas saya dan saya ingin berkongsi pendapat tentangnya dengan pembaca iluvislam. Isu ini cukup menarik dibincangkan terutama sempena bulan Februari tidak lama lagi, di mana seluruh dunia menyebut tentang Hari Kasih Sayang atau Valentine yang jatuhnya pada 14 Februari. Walau apapun, Februari atau tidak, menyambut Hari Kasih Sayang atau tidak... isu cinta, kasih sayang dan perkahwinan adalah isu sejagat yang tetap segar sepanjang zaman.

Persoalan cinta, kasih sayang dan perkahwinan tanpa 'dicemari' nafsu adalah konsep ideal, indah serta menjanjikan kebahagiaan sejati yang ingin sekali dinikmati serta diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kekeliruan melanda fikiran ketika kita mahu mempraktik atau merealisasikannya dalam kehidupan seharian. Akal sering tersilap menilai dan mata lahir pula sering tertipu. Garis pemisah antara niat 'kerana Allah' dan 'kerana nafsu' dalam proses membuat keputusan untuk bernikah, sama ada 'cinta sebelum nikah' atau 'cinta selepas nikah' begitu kabur kerana ia adalah 'soal hati' yang sukar dijangkau akal biasa dan mata lahir.

Rumahtangga, rumah dan bilik air

Istilah 'rumahtangga' menggambarkan rumah berserta keluarga yang menghuninya. Rumah sahaja adalah bangunan fizikal yang tidak banyak maknanya tanpa manusia yang menghuninya. Keluarga tanpa rumah tempat berlindung, walaupun rumah itu kecil atau dhaif, pasti tidak lengkap dan sempurna. Rumah adalah keperluan untuk perlindungan dari hujan dan panas, tempat istirehat fizikal, fikiran dan juga perasaan.

Dalam rumah terdapat beberapa... bilik tidur, dapur, serambi, ruang tetamu, bilik bacaan, bilik air dan beberapa bahagian tambahan yang lain. Sedar atau tidak, bilik air adalah keperluan yang sangat kritikal dalam sebuah rumah. Bilik air mungkin tidak 'popular' dan bukan pilihan utama untuk dijadikan tempat berlama-lamaan, namun kehidupan manusia menjadi resah dan tidak selesa tanpa 'mengunjunginya'. Kelegaan yang dirasa selepas qadha hajat di bilik air memberi kesan kepada semua aktiviti yang digemari dalam rumah tersebut.

Antara membina rumah dan membina bina bilik air

Saya suka mengambil sebuah rumah fizikal sebagai metafora untuk menggambarkan rumahtangga yang didirikan atas niat 'kerana Allah' atau 'kerana nafsu'. Ketika membina rumah, hasrat utama adalah untuk ada tempat berlindung dari hujan dan panas, supaya keluarga dapat hidup dengan selesa. Keseluruhan bahagian rumah tersebut umpama rumahtangga yang dibina. Tanpa bilik air pasti tidak lengkap. Namun tentu suatu yang tidak kena jika rumah dibina dengan hasrat utamanya untuk membuat bilik air semata-mata dan bahagian rumah yang lain sebagai sampingan. Metafora inilah yang cuba saya gunakan untuk membezakan niat antara kahwin 'kerana Allah' dengan 'kerana nafsu'.

Jika bilik air sebagai niat utama, ini ibarat kahwin 'kerana nafsu'. Jika demikian maka pembinaan 'rumah' itu adalah semata-mata untuk buang air. Sebaliknya, jika niat utama adalah membina sebuah rumah yang lengkap dengan semua bahagian termasuk bilik air, ini ibarat niat kahwin 'kerana Allah'. Dalam keadaan niat seperti ini, buang air adalah pelengkap kepada keseluruhan fungsi utama rumah sebagai tempat perlindungan. Niat ini lebih menyeluruh dan mengambil kira banyak faktor.

Tambahan lagi, manusia tidak membina rumah bermula dengan membina bilik air, tetapi dimulakan dengan asas atau foundation yang kukuh, lantai, dinding dan bahagian-bahagian utama. Begitu juga dengan pembinaan rumahtangga – ia mesti bermula dengan asas yang cukup kukuh supaya tidak mudah runtuh. Misi dan visi pembinaan rumahtangga seharusnya diambil kira sejak dalam proses memilih pasangan.

Misi dan Visi Perkahwinan

Ikatan perkahwinan merupakan ikatan antara dua manusia berbeza jantina, maka semestinya ia mesti berlandaskan misi dan visi penciptaan manusia itu sendiri iaitu sebagai hamba Allah dan khalifah di mukabumi. Selaras dengan dua misi penciptaan manusia, maka misi dan visi perkahwinan adalah sebagai pembentukan keluarga sebagai 'team work' melaksanakan misi hamba dan khalifah dalam perjalanan menuju akhirat. Inilah asas yang paling kukuh dan niat yang paling murni 'kerana Allah'. Ini bermakna perkahwinan adalah suatu tanggungjawab.

Untuk memikul pertanggungjawan sebagai hamba dan khalifah, pastinya pelbagai halangan, rintangan dan beban yang terpaksa dipikul bersama. Oleh itu, sangat penting wujud rasa cinta dan kasih sayang sebagai pengikat antara suami, isteri, anak-anak dan seluruh keluarga. Cinta dan kasih sayang adalah anugerah dari Allah yang Ar Rahman dan Ar Rahim kepada hamba-hamba-Nya. Ikatan rasa cinta dan kasih sayang menyebabkan beban yang terpikul di bahu terasa ringan, kemarahan yang mungkin timbul antara pasangan dapat diredakan dengan kemaafan.

Ekpresi kasih sayang antara manusia terluah dalam banyak bentuk termasuklah hubungan seksual yang dihalalkan melalui akad ijab dan kabul. Persepsi 'nafsu' dalam kefahaman kebanyakan manusia dikaitkan dengan hubungan seksual serta isu-isu berkaitan dengannya. Dengan lafaz akad nikah, ekpresi kasih sayang dalam bentuk hubungan seksual dihalalkan, malah diiktiraf oleh Allah sebagai ibadah dan pahala kebajikan. Tanpa ijab kabul, hubungan seksual meyandang label jijik, kotor dan hina.

Kerana Allah – merujuk kepada peraturan-Nya

Niat 'kerana Allah' dalam percintaan dan perkahwinan direalisasikan dengan merujuk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t di setiap peringkat prosesnya. Keredhaan Allah sebagai asas ketika memilih pasangan untuk membentuk 'team work' rumahtangga, patuhi segala suruhan dan tinggalkan larangan termasuk dalam aspek pemenuhi tuntutan fitrah keperluan seksual.

Khalifah-khalifah dan hamba-hamba Allah yang lahir dari perkongsian hidup dalam perkahwinan tersebut adalah tanggungjawab pasangan tadi supaya generasi baru ini membesar menjadi manusia yang berfungsi menjadi pemakmur bumi, bukan perosak mukabumi.

Pencemaran dalam niat

Niat 'kerana nafsu' digambarkan oleh keadaan dimana perkahwinan adalah semata-mata untuk memenuhi tuntutan fitrah seksual. Sedar tak sedar, niat 'menghalalkan' hubungan seksual dalam ekspresi cinta dan kasih sayang secara lahiriah kelihatan begitu 'murni'. Ya, sememangnya ini tidak salah... namun jika semata-mata kerana itu, ia ibarat membina rumah bermula dengan membina bilik air sebagai asas utama. Bagaimanapun, sekurang-kurangnya ada juga peraturan Allah yang diambil kira.

Rumahtangga begini tidak akan kukuh, cepat runtuh, mudah goyah dan akab berkubur begitu sahaja. Persoalan tanggungjawab dengan mudah akan diketepikan. Kebahagiaannya tidak berpanjangan. Rumahtangga akan selalu bermandikan pergaduhan dan konflik. Anak-anak yang lahir dalam suasana ini ini tidak berkembang menjadi khalifah dan hamba Allah yang berfungsi untuk memakmurkan bumi, malah mungkin menjadi generasi perosak muka bumi. Kesudahannya bukan syurga di akhirat malah kesengsaraannya bermula di dunia lagi. Na'uzubillah!.

Kerana Nafsu semata – membujur lalu melintang patah

Ekpresi cinta dan kasih sayang atas dorongan nafsu semata-mata tergambar dalam kehidupan seharian ketika peraturan Allah tidak diendahkan, batas hukum syarak diketepikan, sehingga andai berlaku pertembungan antara hukum Allah dengan keinginan nafsu, hukum Allah diketepikan dan tuntutan nafsu dipenuhi. Membujur lalu, melintang patah... inilah gambaran niat semata-mata 'kerana nafsu'. Anugerah cinta dan kasih sayang dari Ar Rahman dan Ar Rahim dikhianati dengan ekspresi dalam bentuk zina.

Sifat Maha Pengampun Allah dijadikan pertaruhan dalam permainan nafsu

"Allah fahamm... kan dia yang ciptakan kita. Lagipun Allah kan Maha Pengampun..." demikian kata-kata yang lahir dari dorongan nafsu yang bertopengkan nama Allah.

Peluang taubat di eksploitasi semahu-mahunya sehingga terlupa bahawa Allah juga ada sifat Maha Menghukum. Dalam pengaruh nafsu, syurga dan neraka seolah-olah tidak wujud.

Semoga Allah melindungi kita dari pengaruh cinta nafsu semata-mata.

Destinasi akhir ekspresi cinta

Stesen terakhir cinta kerana Allah dalam ikatan rumahtangga adalah syurga yang kekal abadi di akhirat. Sebaliknya, stesen terakhir cinta kerana nafsu adalah neraka yang penuh siksaan. Allah serahkan pilihan di tangan kita yang diberi selendang sebagai khalifah muka bumi.

Allah sediakan syurga untuk manusia tinggal dan Dia ciptakan Neraka sebagai peringatan bahawa ada risiko menanti jika manusia memilih untuk tidak tunduk kepada-Nya. Pilihan yang Allah buka juga berlaku dalam soal ekpresi cinta dan kasih sayang... Semoga Allah memimpin dan memberi taufik dan hidayah untuk kita menikmati anugerah cinta dari Dia yang Ar Rahman dan Ar Rahim.

Aku Tak Mahu Suamiku Berdosa

Artikel dari : iluvislam.com

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku melabuhkan jilbabku
Berusaha menutup sempurna auratku

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku perlengkapkan diriku
Dengan ajaran agama
Agar dapat membezakan
Antara yang benar dan salah

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku hadkan pergaulanku
Dengan yang bukan mahramku

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku menjaga diriku
Agar terhindar dari fitnah manusia

Aku tak mahu suamiku berdosa
Kerana aku sayangkan suamiku
Dan aku tak mahu suamiku terhumban
Ke neraka jahanam kerana diriku

Aku tak mahu suamiku berdosa
Kerana aku
Aku tak mahu suamiku berdosa..

Dia Bukan Cinta Nombor Satu - Part 1

Artikel dari : iluvislam.com

Bayangkan setiap 15 minit berlaku perceraian ... Begitulah rapuhnya rumah tangga umat Islam di Malaysia. Rumah tangga adalah benteng terakhir ummah, tempat bermulanya tapak generasi. Jika di situ sudah bermasaalah, di tempat lain tidak dapat dibayangkan lagi. Ada sahaja kisah suami yang curang, isteri yang beralih cinta. Kekadang anak telah dua, tiga dan empat... tetapi masih ingin memburu cinta. Ada yang memburu di alam nyata (menjejak semula kekasih lama atau terjumpa kekasih baru), ada yang memburu cinta di alam siber – bencinta lewat laman sosial internet yang serba maya.

Entah apa yang diburu oleh manusia ini... yang hidup di dunia tanpa menyedari hari kembalinya yang pasti ke akhirat. Di mana diletakkan Allah dalam peta cintanya sesama manusia. Suami yang ada dipersia, lelaki lain pula dicari sebagai ganti. Konon suaminya tidak bertanggung jawab, tidak romantik, tidak pandai membelai atau apa sahaja. Berikan nama yang buruk pada anjing dan bunuh saja! Begitu kata pepatah Inggeris. Apabila hati sudah berubah, segala kebaikan dahulu dilupakan. Ada pula, isteri yang di sisi sudah setia, perempuan baru pula diburu kononnya demi cinta sejati. Segala yang buruk-buruk dibongkar, dijadikan justifikasi untuk menghalalkan cinta baru yang digilai siang dan malam.

Manusia-manusia itu seperti kelkatu yang terbang menuju sumber cahaya. Sudah ramai yang terhantuk lalu jatuh bergelimpangan di lantai... namun kelkatu yang lain masih terus terbang menuju tempat yang sama. Tidak pernah ada yang mengambil iktibar daripada korban-korban yang telah bergelimpangan. Maka begitulah suami atau isteri yang tertipu ini, memburu cinta bagaikan kelkatu memburu cahaya...

Percayalah, tujuanmu tidak akan tercapai, bahkan akan terjadi kebinasaan. Namun dia degil, dia pergi jua. Percayalah, tidak akan ada ketenangan dan kebahagiaan di atas kesusahan, kezaliman dan penindasan terhadap orang lain (apatah lagi yang dizalimi itu isteri atau suami atau anak-anak mu sendiri). Allah benci orang zalim! Dan kebencian itu sudah cukup untuk menyebabkan penderitaan seumur hidup.

Mengapa kau zalimi anak mu, isteri atau suami mu? Apakah dosa mereka terlalu besar hingga kau tidak sudi lagi memaafkan? Apakah kau tidak menyedari bahawa pasangan mu adalah cermin kepada diri mu sendiri? Maksudnya, siapa pasangan kita ditentukan juga oleh siapa kita yang sebenarnya? Dirimu dan pasanganmu saling mencorakkan. Ketika palitan hitam kau katakan ada pada wajahnya, sedarkah engkau bahawa kau juga yang pernah melakarkannya? Jadi, bertanggung jawablah. Jangan lari. Binalah semula rumah tangga mu... kerana cinta yang ada di tanganmu kini adalah nyata, manakala yang kau buru itu mungkin hanya fotomorgana.

Bagi suami atau isteri yang ditinggalkan... sedarkan dia. Doakan dia. Berusahalah sedaya mungkin untuk 'mengembalikan' dia kepada cinta yang nyata. Namun kalau dia berdegil, biarlah dia pergi. Hidupmu terlalu singkat untuk 'dirosakkan' oleh dia seorang. Ingat dia itu bukan cinta nombor 1!

Nombor 1 Allah. Nombor 2 Rasulullah. Nombor 3, suami). 
Itulah turutan cinta seorang wanita bernama isteri, 
(jika pada lelaki, nombor 3 itu ibu, no 4 itu apa, no 5 baru isteri). Agar tidak menderita, jagalah turutan cinta ini. Yang dahulu, wajar didahulukan. Yang kemudian, mesti dikemudiankan. 
Jangan disusun cinta itu begini... Nombor 1 suami. Nombor 2 suami. Nombor 3 pun suami. Ini tindakan yang bakal mengundang kecewa.

Jangan pinggirkan Allah kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta. Jangan dilupakan Rasulullah kerana dia yang memberi panduan untuk bercinta. Ingat pesan Rasulullah melalui sabda Baginda dalam hadis riwayat al-Tirmizi yang bermaksud:

"Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang, tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya."

"Jika" hanya "jika". "Jika" akan kekal sebagai "jika". Ia tidak pernah berlaku. Seorang wanita tidak boleh menyembah manusia lain sekalipun suaminya sendiri. Sebaiknya, cintailah suami dengan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah kerana Allah. Itulah resepi untuk bahagia dalam bercinta!

Betapa ramai isteri yang kecewa akibat ditinggalkan suami yang dicintai. Sama ada dipisahkan oleh mati atau oleh sikap suami yang tidak mencintainya lagi. Bayangkan apabila segala-galanya untuk dan kerana suami, apabila suami tidak ada lagi, putus harapan dan berserabutlah fikiran. Ramai yang sudah menerima nasib begini... Bayangkan setiap 15 minit, berlaku satu perceraian. Siapakah yang menempuh gerbang perkahwinan dengan harapan untuk bercerai? Tidak mungkin ada!

Mukadimah Penentu Natijah

Perkahwinan dibina dengan harapan. Untuk mencapai harapan, tidak cukup dengan rasa cinta. Ia perlukan tanggungjawab. Kata bijak pandai, sesuatu akan berakhir mengikut bagaimana ia bermula. Mukadimah banyak menentukan natijah. Untuk mengekalkan cinta sampai ke hujung (hujungnya di syurga), mesti diperkukuh dari pangkalnya. Perkahwinan dimulakan dengan percintaan, tetapi disempurnakan dengan tanggungjawab. Dan sebaik-baik cinta ialah cinta yang didasarkan oleh tanggungjawab. Sebab itu ahli bijaksana mendefinisikan cinta sebagai"rasa ingin bertanggungjawab kepada seseorang".

Janganlah hendaknya cinta dan rumah tangga dibina hanya sekadar untuk memenuhi kehendak fisiologi dan biologi. Itulah cinta yang diilhamkan oleh Tuhan untuk haiwan (demikian kata al-Farabi). Juga bukan untuk mengejar status sosial. Jika rumah tangga hanya dibina untuk makan minum, perlindungan (rumah), pengangkutan (kereta), berkelamin (seks), kawan (sosial), kesihatan dan penghargaan diri (ego), apa bezanya cinta kita dengan cinta haiwan. Itu cinta kelas kedua.

Jika itulah bentuk cinta kita, itu hanya cinta alat bukan matlamat. Cinta kelas kedua mesti dibawa kepada cinta kelas pertama. Pandang wajah suami kita, bolehkah dia membawa kita kepada cinta Allah? Renung mata isteri kita, apakah dia teman kita menuju Allah? Jika ya, alhamdulillah, syukur. Kita sudah berada di jalan yang betul. Maka melangkahlah dengan yakin walau terpaksa menempuh pelbagai kesusahan.

Jika belum, berusahalah, berdoalah... agar dia mampu juga. Jika tidak hari ini, esok. Jika tidak esok, lusa. Teruskan berusaha dan berdoa.

Anak Muda Bercerai: Siapa Yang Terkena?


Artikel dari : iluvislam.com

Dalam sebuah risalah yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Pengurusan Masjid yang bertajuk 'Berwaspada!!!Perceraian Di Usia Muda; Anak Menderita' dengan jelas mendatangkan butiran-butiran dan fakta-fakta yang berkaitan dengan statistik perceraian di kalangan pasangan Melayu Islam di Malaysia yang semakin parah.

Apa yang lebih mengejutkkan ialah peningkatan mendadak jumlah perceraian di kalangan pemuda-pemudi yang baharu dan dianggap pucuk sahaja dalam arena berumahtangga. Belum pun sempat mengenal hati budi masing-masing sebahagian daripada mereka terpaksa mengambil langkah drastik iaitu bercerai bagi menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Nyata kesan akibat perceraian itu akan memalitkan luka yang dalam kepada mereka yang terlibat.

Pada penulis perceraian adalah satu jenayah terhadap anak-anak yang masih kecil serta memerlukan sepenuh kasih sayang daripada kedua orang tua mereka. Anak-anak yang tidak mempunyai ibu atau ayah ketika membesar akan lebih berisiko untuk terdedah kepada masalah psikologi yang serius lantas mengakibatkan rantaian kepada gejala-gejala sosial lain.


Statistik perceraian di Malaysia

Merujuk kepada risalah yang dinyatakan di atas, statistik semasa daripada JAKIM menunjukkan bahawa kadar perceraian di Malaysia adalah amat membimbangkan.

Dengan jumlah keseluruhan perkahwinan antara tahun 2005 hingga 2008 yakni sebanyak 491,470, jumlah perceraian pula adalah sebanyak 80,564 kes seluruh negara.
Jumlah perceraian saban tahun jelas menunjukkan peningkatan, bermula 2005 dengan 17,749 diikuti tahun 2006, 19,475. Pada tahun 2007 pula telah meningkat kepada 21,051 kes dan ianya terus meningkat pada tahun berikutnya dengan jumlah sebanyak 22,289.

Data juga menunjukkan bahawa perkahwinan kurang dari 10 tahun paling banyak menghadapi kes perceraian saban tahun. Lingkungan umur individu yang terlibat dalam kes perceraian usia rumah tangga yang setahun jagung ini adalah dalam lingkungan 31-35 tahun.
Ini jelas menunjukkan bahawa dalam umur perkahwinan yang kurang 10 tahun itu jugalah zuriat daripada ibu bapa masing-masing sedang memerlukan sepenuh perhatian dan kasih sayang dalam membentuk dan mendidik mereka.

Tidak terbayang kesannya kepada mereka ini dek kerana terpaksa memikul bebanan psikologi di usia yang masih amat hijau itu akibat daripada perceraian kedua orang tua mereka. Akhirnya kerana mereka terlepas dari menerima curahan kasih sayang dan perhatian dari kedua orang tua mereka akan lebih mudah terdedah dengan anasir-anasir bobrok(dilapidated) sosial semasa.


Mencegah Penceraian

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubat. Falsafah klise ini seakan sangat sinonim dengan rakyat Malaysia amnya. Malah ada ungkapan yang serupa dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab, walaupun kita kurang pasti hak milik siapa sebenarnya perumpaan tersebut. Namun nilainya tetap wajar untuk diambil sebagai iktibar.

Persiapan untuk menghadapi sepak terajang dalam berumah tangga sepatutnya telah dibuat sebelum berada di dalam arena itu lagi. Kita sangat memuji pihak kerajaan kerana telah memperkenalkan kursus kahwin yang wajib dihadiri oleh bakal pasangan pengantin yang mendedahkan pelbagai perkara untuk persiapan ke alam berumahtangga dalam masa dua hari.

Sebenarnya ia dikira tidak mengcukupi kerana ilmu berkenaan ibadat rumahtangga ini perlu sentiasa dipelajari dan dihayati oleh pasangan dari masa ke semasa. Modulnya juga harus sentiasa dipantau dan ditambah baik bersesuaian dengan kepesatan dan kemajuan semasa.

Pihak penganjur tidak boleh memandang keuntungan semata-mata kerana di sinilah ruang dakwah secara langsung terbentang luas. Penceramah seharusnya memainkan peranan seoptimum mungkin, pengalaman kita mengatakan bahawa peserta kursus akan datang secara berpasangan kebiasaannya kerana kelas dijalankan secara unisex. Penceramah pula tidak lebih dari berlawak jenaka yang berbau lucah sahaja. Akhirnya peserta hanya akan mendapat sekeping sijil pengesahan perkahwinan untuk mengcukupkan syarat perkahwinan mereka yang ditetapkan oleh jabatan agama.

Arahan mewajibkan pasangan yang bakal berkahwin untuk mengambil ujian HIV juga amat digalakkan dan harus diberi pujian kepada jabatan agama sekaligus pihak kerajaan. Pada peringkat awalnya, hanya beberapa negeri sahaja yang menjalankan dasar itu namun kini ianya adalah diwajibkan ke seluruh negeri di dalam negara Malaysia. Ini adalah teknik pengcegahan yang berkesan.

Mad'u-mad'u yang sedia datang menyerah diri ini jika dibelai dengan penuh hikmah maka akan terjalinlah ikatan berpanjangan dengan para penganjur dan tawarkanlah khidmat kaunseling dari masa ke semasa bahkan sehingga mereka menjejak ke alam rumah tangga sekalipun.


10 Persiapan bakal suami mahupun isteri
Apabila diperhatikan secara dalam, antara punca kepada perceraian di usia perkahwinan dan usia pasangan yang muda adalah kerana mereka boleh dianggap sedikit terburu-buru dengan berkahwin tanpa persediaan yang sepatutnya dari sudut fizikal, mental dan mungkin juga material.

1. Pasangan yang bakal berkahwin perlu tahu dan faham skop tanggungjawab masing-masing dalam memainkan peranan sebagai suami mahupun isteri. Kewajipan melaksanakan amanah tersebut adalah kewajipan dan menjadi tuntutan agama, malah ia akan dihisab di padang Mahsyar kelak.

2. Pasangan yang bakal berkahwin juga mesti mendalami ilmu agama secara berterusan terutama untuk bakal suami, kerana menjadi kewajipan suami kelak untuk mendidik isteri dengan ilmu agama. Jika tidak mampu cadangkan dan doronglah mereka untuk menghadiri kuliah-kuliah agama. Jangan pula kita menghalang mereka daripada menuntut ilmu agama tersebut.

3. Perlu adanya satu ketetapan sebelum perkahwinan bahawa walauapapun yang terjadi di dalam rumahtangga (selagi tidak memudaratkan keselamatan), maka jangan sampai ianya melibatkan orang ketiga termasuk kedua ibu bapa atau mentua sekalipun. Berdepanlah secara lemah lembut dan berhikmah dengan pasangan, insya-Allah keharmonian rumahtangga menjadi habuan.

4. Perlunya pasangan itu memahami adat resam budaya tempatan pasangannya jika perkahwinan mereka berbentuk rentas budaya(cross-cultural). Sentiasa menghormati dan cuba salami dan asimilasikan adat resam budaya belah pasangan, anda tentu akan menjadi kebanggaan bakal mentua.

5. Keterbukaan dan perbincangan tuntas secara berterus terang mampu untuk memahamkan pasangan masing-masing jika bakal pengantin tersebut menghadapi masalah seksual. Kerana adalah lebih baik berterus terang dan bagi hak untuk diri pasangan memilih samada untuk terus bersama atau sebaliknya kerana jika hal ini hanya diketahui selepas berkahwin maka pasangan akan rasa tertipu dan yakinlah implikasinya akan bertambah buruk.

6. Buat persediaan yang mantap dari sudut ekonomi, kita tidak nafikan Allah menjamin rezeki kita apabila kita sudah berkahwin dan ini sudah dinukilkan di dalam lembaran kalamnNYA. Namun janganlah pula tunggu sehingga masalah ekonomi memangkin kepada punca krisis rumahtangga. Sebenarnya sikap bertanggungjawab dan berusaha yang paling penting, dan yakinlah Allah tidak akan sia-siakan usaha kita untuk melakukan perkara yang disuruh oleh-Nya.

7. Kerjaya yang merujuk kepada pangkat, pada hari ini menjadi kebiasaan wanita yang lebih bekerjaya mengahwini lelaki yang berjawatan biasa. Di sini sifat sabar pihak suami perlu dioptimumkan dan sifat ego pihak perempuan perlu diminimumkan. Hormatlah pasangan sebagai suami atau isteri kita nescaya kehidupan kita akan harmoni.

8. Kesihatan adalah faktor yang agak penting dalam proses pembinaan rumahtangga kerana penyakit kronik hanya akan dianggap menyusahkan pihak yang satu lagi. Jagalah kesihatan untuk orang yang tersayang, jauhilah amalan merokok dan pemakanan serta gaya hidup yang merisikokan diri kita kepada penyakit kronik. Jika penyakit itu terjadi selepas perkahwinan hanyasalah kepada pasangan perlu bersabar dengan sebenarnya, yakinlah Allah tidak akan menguji hambanya jika ujian tersebut tidak mampu kita tanggung.

9. Hiasilah diri kita dengan akhlak dan perangai yang dianjurkan oleh Islam. Mampirkanlah sikap-sikap yang mahmudah yang tempiskanlah bersikap dengan perangai mazmumah. Sungguh tidak rugi jika kita menjadi orang yang baik-baik kerana kelak orang juga akan baik-baik sahaja dengan kita, 'what you give you get back' adalah kata-kata yang sesuai untuk motivasi dalam kehidupan.

10. Cubalah belajar untuk berkomunikasi dengan cara yang betul. Hampir 80% peratus kegagalan rumahtangga berpunca pada asalanya kerana masalah komunikasi. Krisis ini muncul apabila pasangan mendapati dirinya tidak difahami oleh pasangannya dan ini akan menimbulkan rasa tidak diambil berat lantas mencetuskan pemberontakan dalaman. Ini jelas boleh dilihat dan didengar, bacalah buku motivasi komunikasi rumahtangga yang bertajuk 'Mens Are From Mars, Womens Are From Venus' dan sambungannya 'When Mars and Venus Collide' karangan John Gray.


Kesimpulan

Bahagia atau tidak adalah pilihan kita sendiri. Kita berhak utuk ,membuat pilihan samada ingin bahagia dan gembira atau sebaliknya. Allah sendiri sudah nyatakan bahawa tidak akan diubah sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri. Ini bermaksud walaupun qada dan qadar kita sudah ditetapkan, namun kerana ianya bersifat ghaibiyah dan tidak diketahui kesudahannya maka menjadi kewajipan kita sebagai hambanya untuk sentiasa berusaha mengikut lunas-lunas agama Islam yang benar.

Dan yakinlah hanya kembali kepada al-Quran dan Sunnah yang sebenar-benarnya akan menjamin ketenangan, keabadian, kegembiraan, keindahan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

23 August 2011

Duhai Suami.....Isterimu BUKAN ( Hamba )

Dari Blog Kakchik :   Keluargakusayang.blogspot.com


Duhai suami,

Apabila suami mengijabkabulkan pernikahan, sudah terbeban pada bahunya suatu tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan sehingga akhir hayat. Dalam Islam perkara itu dianggap sebagai hak isteri. Perlu dijelaskan di sini, apabila dikatakan hak isteri, isteri ada hak menuntut apabila tidak diberi oleh suami. Isteri juga ada hak melarang jika suami melanggarnya. Semua ini terpakai selagi isteri itu tidak melakukan nusyuz.

Rasulullah bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah yang bermaksud: “Apakah hak isteri yang wajib dijaga oleh suami? Baginda bersabda: Memberi nafkah kepada isteri; belanja dapur, pakaian dan rumah, jangan memukul muka isteri tetapi mendidik isteri dengan baik, dan tidak menghina isteri dan tidak meninggalnya bersendirian kecuali dalam rumah.”

Terdapat tiga hak isteri yang wajib dijaga oleh suami, namun kebanyakan suami cuai dalam hal ini. Kesan daripada kecuaian itulah, berlakunya ketidak sempurnaan rumah tangga yang dibina itu. Perhatikan tiga perkara itu dengan baik:

1. Memberi nafkah kepada isteri; belanja dapur, pakaian dan rumah. Sama ada isteri itu kaya atau tidak, suami wajib memberi nafkah kepadanya kecuali isteri dengan rela hati tidak mahu menyusahkan suaminya. Nafkah yang perlu diberi ialah soal makan dan minum seharian. Tuntutan lain daripada makan dan minum bukanlah nafkah yang wajib ditunaikan, namun kalau suami boleh memberinya itulah pahala besar yang bakal diterimanya kelak. Nafkah yang kedua ialah pakaian. Pakaian bukan keperluan setiap hari. Tetapi kalau dia perlu maka wajib dipertimbangkan dengan segera. Tuntutan selain dari kategori pakaian tidak wajib ditunaikan. Nafkah yang ketiga ialah menyediakan tempat tinggal. Suami wajib menyediakan rumah untuk penginapan sama ada rumah sendiri atau dengan menyewa. Tuntutan lain daripada rumah tidak wajib ditunaikan kerana ia tidak termasuk dalam kategori nafkah.

2. Jangan memukul muka isteri tetapi mendidik isteri dengan baik. Suami dilarang memukul isteri atas niat mendera. Maka memukul isteri pada bahagian muka termasuk dalam kategori mendera. Hal ini kerana muka terlalu sensitif kulitnya, mudah lebam dan tercalar. Tetapi memukul bahagian lain dibenarkan dengan syarat tidak atas tujuan mendera. Islam membenarkan suami memukul isteri dengan niat mendidik. Mungkin dengan pukulan itu dia sedar akan kesalahannya lalu bertaubat.

3. Tidak menghina isteri dan tidak meninggalnya bersendirian kecuali dalam rumah. Hak ketiga ini jarang disedari oleh suami mahupun isteri. Maka setiap detik perbualan mereka terungkap kata-kata menghina. Akhirnya mereka bergaduh hingga membawa kepada perceraian. Suka disebut di sini, suami tidak boleh menghina isteri ketika mereka berduaan, apatah lagi kalau di hadapan orang lain termasuk anak-anaknya sendiri. Jadi, janganlah kerana tidak pandai masak, isteri dihina, janganlah kerana isteri tidak pandai dalam sesuatu urusan, dihina isteri. Seterusnya yang paling penting ialah tidak meninggalkan isteri bersendirian kecuali di dalam rumah. Maknanya kalau pasangan itu keluar ke bandar, lalu dia tinggalkan isterinya di situ dalam keadaan marah. Sedangkan dia balik atau ke mana-mana destinasi. Perbuatan itu adalah salah di sisi Islam. Islam menyediakan peraturan itu adalah untuk menjaga keselamatan isteri zahir dan batin. Percayalah jika semua suami dapat lakukan yang terbaik seperti di atas, pasti tidak berlaku pergaduhan dan penceraian.


Artikel di atas kakchik salin dari blog Ust. Ahmad Baei Jaafar.

20 August 2011

Lebih Rela Menjadi Fatimah

Bibirmu terkunci,
Senyummu terpaksa,
Demi maruah suami,
Kau diamkan segala.

Tangismu hiba di malam gelita,
Batinmu mengadu pada Yang Esa.
Kau tak mahu mengaibkan sesiapa,
Agar orang melihat tiada apa-apa.

Meskipun rahsiamu kemas tersimpan,
Allah tak rela kau menangis sendirian,
Kisah keluarga Nabi, Allah dedahkan,
Sebagai tauladan sepanjang zaman.

Konflik para isteri Nabi menjelaskan,
Betapa perit mengurus kecemburuan,
Walaupun oleh wanita paling beriman,
Apatah lagi dirimu wanita akhir zaman.

Terima-kasih buatmu Nabi,
Atas kebaikan cara, kemuliaan tujuan,
Atas kelembutan dan keadilan,
Wujudkah lelaki kini sebaik Nabi?

Aku belajar dari kepahitan mereka,
Bukan memilih kepahitan untuk belajar,
Terima-kasih Tuhanku tidak memaksa,
Menjaga agamaku daripada tercalar.

Pernikahan bukan medan percaturan,
Poligami bukan cuba-cubaan,
Tanpa keperluan ia bukan pilihan,
Hanya rukhsah ketika tiada jalan.

Syarat ta’liqku kukuh terpateri,
Kerana tiada lelaki sebaik Nabi,
Dan aku tak akan sebaik Aisyah,
Aku lebih rela menjadi Fatimah.

Dari blog :Fatimah Syarha Mohd Noordin