Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

28 May 2011

Analogi Untuk Isteri.

Renungan untuk sahabat,yang bergelar anak.. yang bakal menjadi isteri dan yang sudah menjadi isteri dan ibu.. mungkin juga nenek :)

Sebagai isteri kadang-kala kita tidak sedar kita mengaibkan suami tersayang,jika secara terang - terangan memburukkan suami mungkin itu jelas bagi kita maksud "mengaibkan" ,maka segeralah meminta keampunan,jika secara luar sedar,mungkin kita patut merenung kembali .. meng islah diri.. perlakuan seorang isteri,bukan sekadar kata-kata yang diungkapkan,malah jari-jari yang menaip sering mengaibkan suami tanpa kesedaran..

Kita terlupa perilaku kita , peribadi kita, pemikiran kita diperhati... Alangkah aib nya suami apabila si isteri tanpa sedar merendahkan semua ini , ya ... jika sebelum berkahwin anak-anak mencerminkan ibu bapa... dan jika selepas menjadi isteir,isteri mencerminkan suaminya .

Jika terjadi satu keadaaan sebegitu contohnya.. apakah pandangan mereka terhadap suami kamu apabila buruk laku mu menjadi satu kebanggaan pada kamu??  dan kadang kala kamu begitu mendabik dada dengan buruk lakumu,bagimu dirimu terhebat sehingga kamu melupakan maruah i suami kamu di injak-injak.. di anggap dayus kerana gagal mendidik isteri...  Ya,kadang kala si suami tidak tahu perlakuan isternya,tetapi isteri jangan lupa Allah sentiasa melihat dan yang paling penting mulut manusia sentiasa bercakap.. .nauzubillah min zalik....,minta kita dijauhkan dari perkara sebegini..

Jadilah isteri yang membentengi suaminya dari segala keaibannya,jadilah isteri yang sentiasa mendamaikan hati suaminya.. mencari ketenangan bersama dalam bahagia yang hakiki.. Lepaskan dosa-dosa silam,mohonlah keampunan dari Allah dan suami .. Berubah,ya itu yang penting,mesti selalu berusaha untuk berubah.. berubah ke arah kebaikkan.. Menjadi isteri cerdik yang solehahinsyallah..

+++ Jika ada kesilapan dalam tulisan syikin minta di betul kan yer :)
  
*-* zauj tercinta,ampunkan isterimu.. bila pernah isteri mengaibkanmu... maafkanku dalam setiap keterlanjuranku.. ya kita manusia pendosa.. maka cubalah jadi manusia yang ingin bersihkan diri dari dosa...
Sayang abang...maaf kan sayang andai diri ini buat kesilapan...
kerana diriku masih belum sempurna sayang... (^_^)
 

No comments: