Sambungan::
Wahai isteriku..
jangan kamu bangga
seandainya kamu dapat seluruh dunia
tetapi kamu kehilangan Allah s.w.t, maka itulah kerugian yang besar
kerana..
sekalipun kamu berhasil menjaring Jibril a.s
dengan jaring yang kamu buat
dan kau bisa perintah sesuai kehendak kamu
itu bukanlah kejayaan
jika harimu kehilangan Allah s.wt
orang yang kehilangan Allah s.w.t kehilangan segala-galanya
banyak orang dirikan solat untuk hadirkan benda
tetapi...
adakah orang solat untuk hadirkan Allah swt
padahal...
barangsiapa yang dapatkan Allah swt, maka dapat segalanya
jika esok..
kau terpandang rumah tetangga kita suara tawa, keceriaan terdengar dari sana,
suami mereka selalu di rumah
tak pernah khuruj fi sabillilah
jangan kamu iri!
kamu justeru harus belas kasihan kepada mereka
kerana mereka sedang membangun tangisan dan permusuhan yang hebat di dalam rumah mereka
ketahuilah!!
bahawa setiap orang membangun rumah tangga
hakikatnya...
membangun tempat menangis
di rumah mereka akan datang malaikat Maut
menjemput setiap nyawa yang ada
tak ada belas kasihan
walau mereka katakan: Jangan ambil isteriku! jangan ambil anakku!!
tak ada tebusan sedikit pun, dan tak juga diberi tangguh sesaat pun,
saat itu lah mereka akan menyesal
salahkan semua ahli keluarganya
Ya Allah!!
kerana kesibukkan ku memenuhi hajat isteriku
aku lalai menjadi naib nabi Mu
aku kini malu jumpa kekasih Mu
aku tak gembirakan hati Sayyidul Mursalin
aku lempar sunnah-sunnahnya
dan aku asyik makan minum
bersama anak isteriku seperti haiwan
sementara hati nabi Mu terkoyak-koyak
isteri dan anak-anak mereka pon akan berkata:
wahai suami ku!!
mana tanggugjawabmu?
kau tak pernah sirami hatiku dengan Nur Iman..
Kau tak isi buku catatanku dengan amal
Ketahuilah isteriku..
bahawa setiap amal suami merupakan tabungan buat isterinya,
bayangkan oeh mu bagaiman jika seorang suami hanya pnadai mencari wang apakah buku amalan mu akan bertambah??
Jadi isteriku..
kepergiaanku melewati batas negeri adalah untuk mempersiapkan pesta-pesta besar untuk kita
bagaimana pendapatmu
jika ada seorang ayah meruntuhkan rumahnya untuk diganti dengan rumah yang lebih besar
apakah anak isterinya marah?
tentu tidak!!
mereka akan semakin sayang kepada ayahnya


No comments:
Post a Comment