Awak, boleh pakai purdah tak? Semalam, lepas balik dari berbuka di masjid aku duduk depan laptop. Memikirkan beberapa benda yang asyik bermain-main dalam fikiran aku lately. Sedang duk fikir2 tu, tiba-tiba teringat satu nasihat ustazah yang mengajar aku sewaktu di sekolah menengah dahulu. Nasihat itu untuk perempuan. Tapi sebagai seorang lelaki, itu adalah antara nasihat2 yang aku tak boleh lupa.Situasi: sewaktu kelas pendidikan islam. Aku tak ingat apa tajuk subjek agama ni pada hari itu. Tapi aku hanya ingat ini..
Ustazah: Kamu semua nak tau tak. Masa saya belajar dekat universiti dulu, ada sorang kawan perempuan coursemate saya ni.
Kitorang: hmm..hmm.. (sambil angguk2 kepala menandakan berminat dengan cerita ustazah)
Ustazah: Kawan saya tu memang cantik. Saya sendiri sebagai seorang perempuan pun, mengaku yang dia ni memang cantik. Kalau lelaki tu, memang dah terang2 akan kata kawan perempuan saya ni cantik la.
kitorang: (makin berminat nak dengar, dah terbayang2 betapa cantik nya kawan ustazah tu
Ustazah: Pada satu hari, kawan ustazah ni dia dapat sepucuk surat dari seorang lelaki. Dalam surat tu......
Aku: surat cinta ke?(tanya aku dalam hati)
Ustazah: Dalam surat tu, lelaki ni cakap supaya suruh kawan ustazah tu memakai purdah. Kamu tahu kan purdah yang tutup muka sampai tinggal nampak mata je tu?
Kitorang: angguk ramai2 tandanya tahu..pakai purdah
Ustazah: Kamu tahu kenapa dia disuruh pakai purdah? Dalam surat tu lagi, lelaki tu suruh perempuan tu pakai purdah sebab dia dah tak tahan nak kena mandi wajib hari-hari sebab ternampak wajah kawan ustazah yang cantik tu....
Kitorang: err..(macam2 reaksi)
Ustazah: Itu la budak-budak perempuan, kamu kena jaga aurat kamu. Bukan setakat cukup pakai tudung saja. Ha,budak-budak lelaki ni pula. Jangan pantang nampak perempuan dahi licin, jaga pandangan kamu. Tundukkan pandangan kamu tu sama....
Kitorang: Baik ustazah!!!***************
Dari pengalaman aku sebagai seorang lelaki, Orang lelaki ni memang pantang nampak perempuan cantik. Kalau kat facebook tu, nampak je perempuan cantik terus klik 'add as friend'. Dia approve ke tak lepas tu umpama, untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Dah jadi friend nanti boleh la akses ke photo album si perempuan cantik tu. Nak tengok saja ke, nak save dalam pc ke, macam2 boleh jadi. Kalau dekat blog(sebab ada yang mention dalam entri lepas , dalam blog pun sama jugak), klik saja 'follow'. memang dah untung dah kalau tuan punya blog memang suka letak gambar cantik-cantik hampir dalam setiap entri. 'Cuci mata' orang kata..
Wahai kaum hawa, kamu semua tak takut ke jika berlaku perkara yang sama dekat kawan ustazah aku tu dekat kamu.? Maknanya ada lelaki yang teransang apabila terlihat kamu. Dari cerita kat atas, aku yakin kawan ustazah aku tu seorang yang jaga auratnya. Sebab dia sama course dengan ustazah. Seorang yang ada latar belakang islamik mungkin. So aku bukan bercakap kepada yang tak tutup aurat saja. Yang tutup aurat pun kena waspada. Aku ulang sekali lagi, Yang tutup aurat pun kena waspada!


No comments:
Post a Comment