2- NAFKAH – ZAHIR DAN BATIN
Nafkah menurut istilah ialah mengeluarkan belanja atau sara hidup kepada mereka
yang wajib atas seseorang itu untuk membiayainya. Biaya yang dimaksudkan ialah
semua hajat dan keperluan pelajaran, makanan, ibadat, tempat tinggal dan
sebagainya.(al-Syarbini.425). Hak nafkah yang wajib diberikan kepada isteri boleh
dibahagikan kepada dua jenis, nafkah zahir dan nafkah batin.
NAFKAH ZAHIR
Sudah menjadi ketetapan agama bahawa suami wajib memberikan belanja untuk
makan, minum, pakaian dan tempat tinggal isteri sesuai dengan kemampuannya.
Firman Allah s.w.t:
~Ertinya: "hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang
yang disempitkan rezkinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah
kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah
berikan kepadanya”.(al-Talaq:7)
~Ertinya : “dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang
makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya”. (al-baqarah:233)
~Ertinya: “tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut
kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka dan menyempitkan hati mereka. Dan
jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalaq) itu sedang hamil maka berikanlah kepada mereka
nafkahnya hingga mereka bersalin” (al-talaq:6)
Sementara dalil-dalil dari sunnah pula:
~Ertinya: dari Muawiyah al-Qusyairi, berkata: “saya datang kepada Rasulullah s.a.w lalu sayabertanya, bagaimana pandanganmu Ya Rasulullah tentang isteri-isteri kami? Sabdanya: “berilah
mereka makan dari makanan yang kamu makan, berilah mereka pakaian dari pakaian yang
kamu pakai, janganlah kamu pukul mereka dan jangan pula kamu buruk-burukkan mereka (H.R
Abu Dawud)
Ayat-ayat dan hadith di atas menjelaskan bahawa setiap suami bertanggungjawab
memberi makanan, pakaian kepada isterinya sesuai dengan kemampuannya. Suami
tidak boleh memberi makanan dan pakaian kepada isterinya lebih buruk daripada apa
yang dimakan dan dipakai suaminya. Begitu juga kadar makan dan pakai yang menjadi
hak isteri diberikan mengikut kadar yang mampu diberikan oleh suaminya. Di dalam hal
ini isteri tidak boleh meminta sesuatu yang di luar kemampuan suaminya. Akan tetapi
sekiranya suami mampu memberikannya lebih tetapi tidak diberikan maka dalam situasi
ini isteri dibenarkan mengambil harta suaminya seperti sabda Rasulullah s.a.w:
~Ertinya: “dari aisyah r.a berkata: sesungguhnya Hindun datang kepada rasulullah lalu
berkata: “wahai Rasulullah< Abu Sufyan adalah orang yang kikir dan tidak mahu memberikan
kepadaku belanja yang cukup untukku dan anakku, sehingga terpaksa aku ambil dari
hartanya tanpa pengetahuannya”. Lalu Baginda bersabda: “ambillah sekadar cukup untuk
dirimu dan anakmu dengan wajar”. (H.R Bukhary dan Muslim)
Hadith ini menegaskan bahawa islam membenarkan bagi isteri mengambil harta
suaminya sekadar untuk keperluan dirinya dan anak-anak, jika suaminya
mempunyai harta yang cukup tetapi tidak memberikan haknya mengikut
kemampuannya. Jika suami yang bakhil di cela oleh agama dan dibenarkan bagi
isterinya mengambil tambahan dari harta suaminya tanpa pengetahuannya, maka
lebih berdosalah lagi suami yang tidak memberi nafkah isterinya. Sudah tentu
perbuatan itu tela melanggari hak isteri yang telah ditetapkan oleh syariat islam.
Isteri boleh memberi peringatan terhadap suami yang mengabaikan tanggungjawab
memberi nafkah samada mahu memberi belanja atau menceraikannya. Menurut
Imam Syafie kadar nafkah makanan yang wajib itu adalah mengikut keadaan suami.
Maka jika suami itu orang kaya, nafkah isteri yang diwajibkan ialah dua cupak
makanan setiap hari, suami yang miskin satu cupak dan suami yang sederhana satu
cupak setengah.(Wahbah Zuhayliy.1985.798)
Menurut Imam an-Nawawi bahawa hak-hak yang wajib terhadap isteri itu tujuh perkara
iaitu;
i. Makanan.
ii. Bahan-bahan seperti rempah-ratus (bawang, minyak masak, garam, gula, asam
termasuk lauk-pauk dan sebagainya).
iii. Pembantu bagi isteri yang kebiasaannya mempunyai pembantu.
iv. Pakaian.
v. Alat-alat pembersih badan dan pencuci pakaian, sikat dan sebagainya.
vi. Perkakas-perkakas rumah seperti perkakas bilik air, perkakas tidor dan sebagainya
dan yang terakhir ialah tempat tinggal (rumah). (an-Nawawi.450-461)
NAFKAH BATIN
Hendaklah mempergauli isteri itu dengan baik. Firman Allah:
~Ertinya: isteri-isterimu adalah seperti tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah
tempat becucuk tanammu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah amal yang baik
untuk dirimu dan bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu kelak akan menemuiNya. Dan berilah khabar gembira orang-orang beriman. (al-Baqarah:223)
~Ertinya: ...”dan bergaullah dengan mereka dengan sebaik-baiknya....”
Dalam Islam isteri boleh menolak hajat atau keinginan suaminya untuk bersetubuh
dengan syarat ia mestilah dalam keadaan darurat atau keuzuran seperti semasa haid,
nifas, sedang dalam ihram dan sebagainya. Bagaimanapun pengertian mengenai
darurat dan keuzuran bukan setakat itu, banyak lagi perkara lain yang perlu difahami
setiap suami. Misalnya jika isteri mengalami masalah kesihatan yang menyebabkan
isteri tidak berupaya melayan kehendak seks suami, ia juga ditakrifkan sebagai darurat.
Begitu juga jika isteri berada dalam keletihan yang amat sangat, penolakan berkenaan dirujuk kepada isteri yang dalam tertekan, runsing, mengantuk yang teramat sangat dan
keletihan yang amat sangat sehingga meyebabkan isteri berkenaan tidak berkeupayaan
melayani kehendak seks suaminya dengan baik, ia juga dibolehkan. Lebih-lebih lagi
bagi isteri yang bekerja, tujuannya untuk membantu suaminya sendiri dalam soal
kewangan.
Akan tetapi isteri perlu faham, jika mereka menolak hajat suaminya, ia mestilah ditolak
dengan cara yang baik dan mestilah dijelaskan dengan sejelas dan sebaiknya sebabsebab itu kepada suaminya, sehingga suaminya boleh memahami dan bertolak ansur
dengannya.
Terdapat juga sesetengah suami yang sanggup menggunakan kekerasan atau paksaan
ke atas isterinya untuk melakukan hubungan jenis demi memuaskan nafsunya sendiri
dengan menafikan terus hak isteri , walaupun isteri berada dalam keadaan tidak
bersedia dan sudah pun menolak hajatnya dengan baik. Dalam keadaan seperti ini, jika
suami tidak memahaminya, isteri boleh membawanya ke mahkamah dan mahkamah
pasti akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya.
Namun begitu pangertian nafkah batin bukanlah berkisar perlakuan seksual sematamata. Seks hanya salah satu cabang bagi maksud nafkah batin, selain seks berkongsi
masalah, mendengar luahan isteri, berbual dan bermesra serta mendidik ajaran agama
terhadap isteri juga termasuk dalam definisi nafkah batin.


No comments:
Post a Comment